Wednesday, November 26, 2014

Graf ISK simplified in HD

Sambil buat preparation goodies ISK, godek balik graf ISK version simplified di Internet mahupun PC sendiri..

Hmmmm, mungkin sahaja graf tu dah quite lama, bertahun² umurnya dengan software zaman dulu kan..jadi kualiti graf tu andai nak dibesar jadi pecah²..

So, here I come, redone that graph in HD quality...isi yang sama insyaAllah, tak sempat laa nak improvised kee ape..

Voilà! Moga bermanfaat :)



Tuesday, November 4, 2014

Carpool yang cool

Salah satu sistem di Perancis yg saya suka, dan pasti saya akan rindui sekembalinya ke Malaysia nanti...sistem kongsi kereta atau nama lebih glamer: CARPOOL


Di sini, wujud sebuah website yang mengumpulkan komuniti pemandu-penumpang..sistemnya mudah, anda pergi ke website www.covoiturage.fr. Kemudian anda taip destinasi dan tarikh perjalanan, pilih masa yg sesuai dengan kehendak anda dan bayar secara online. Satu tempat duduk dah siap di'reserve' utk anda!

Untuk pengalaman saya sendiri, sudah 4 tahun saya berada dalam komuniti ini. Yes, 4 years with EXPERT level, soon to be ambassador...hihihi...adik² usrah saya gelak² pabila saya kisahkan pada mereka perihal level² ni...comel jahh dyorg ni, buat geram! :)

"Tak takut kee?"
"Borak ape jee dalam kereta?"
"Eeeee macam scaryy jeek duduk dalam kereta orang yang kita tak kenal.."

Dan bermacam² lagi pernyataan dan persoalan yg pernah orang² Malaysia sekeliling saya kemukakan pada saya.

Sebenarnya saya nak cerita pengalaman lain ni, tapi takpelah...let this post be the introduction of what I want to share at the first place.

Oh yaa, insyaAllah mereka yang offer carpool ni, boleh dipercayai..cool kan? :)

Kenapa saya memilih carpool??

Tak semua perjalanan saya akan memilih carpool sebenarnya..bergantung pada time-wise, distance-wise dan money-wise.

Sebagai contoh, perjalanan drpd bandar saya ke Paris, saya akan memilih untuk menaiki train kerana perjalanan dengan kereta akan mengambil masa terlalu lama (8 jam lebih kurang) walaupun harganya lebih murah sikit berbanding naik tren.

Pendek kata, saya meletakkan syarat maksimum 4 jam ke bawah perjalanan untuk menaiki carpool, more than that, I will choose train atas sebab lebih selesa, ruang lebih luas untuk membuat pelbagai aktiviti seperti membaca especially etc.

Okay, back to the main topic; kenapa pilih carpool:

  • harga travel lebih murah berbanding train
  • tak perlu nak transit mana², perjalanan direct
  • kadang² perjalanan boleh jadi lebih laju drpd naik train yg terlalu banyak transit
  • kadang² berpeluang naik kereta Audi, Mercedes, Renault Sport, 4-wheel drive yang best²...eyhhhh....
Dengan carpool, saya pernah naik kereta ni tau....haaaa, jangan main² koo jahhh!

Tetapi atas ni, reason yg teknikal kan? Reason yang lebih manusiawi:
  • saya nak buktikan wanita muslimah bukanlah seperti persepsi yg mereka ada dalam kepala, bahkan kita bebas, boleh mendapatkan pendidikan tinggi dalam kita bertudung dan mengamalkan Islam..secara direct or indirectly.
  • membuka ruang untuk orang Perancis atau orang Barat lain bertanya mengenai Islam dan budaya Asia dan Malaysia
  • nak lebih kenal culture dan cara fikir orang Perancis dengan berborak dengan mereka
  • bertukar pendapat dan pengalaman
  • nak improve bahasa Perancis supaya lebih fluent
banyak lagi reasons lain, tapi ni yang utama.

Dakwah itu mudah..JOM!

Sorry majalah JOM, pinjam tagline kamu sekejap ye...hihi

Tak salah fokus pada pembinaan dalaman adik² kita...tak salah juga hanya fokus pada dakwah sesama orang Malaysia...
Takda satu amal orang kita patut compare siapa lebih bagus, siapa buat amal dhoif (baca: lemah) and so on...hanya Allahlah yang layak menilai amal kita..bahkan kalau mampu buat dua-dua, lagi sangat baguss!

Cuma yang saya ingin katakan, alang² dah berada di negara atau benua yang kita sedia maklum banyak Islamophobia-nya, apa salahnya kita menjadi agent menceritakan secara direct atau indirect kepada mereka..dengan apa² cara yang kita selesa dan mudah.

Saya heran kat orang yang dok kutuk orang French ni tak suka orang Islam laa, tak nak faham Islam laaa...sedangkan kita ni pernah tak cuba dekati mereka, buat open conversation pada mereka tentang Islam? 

Atau memilih, sedap duduk dengan kelompok Malaysian jek?

Boleh jadi mereka bertindak sebegitu, atas sebab salah faham, atau tak faham atau tak pernah tahu, maka jatuh tanggungjawab kita terangkan dengan baik dan sejelas yang mungkin.

Saya bukanlah orang yang perfect utk bercakap perkara ni, tapi sy berusaha memotivasi diri untuk buat approach ni..sementara masih berada di benua Eropah ni.

Ingatlah, Islam ni bukanlah hanya rahmatan lil malayziyyiin..

Tapi, Islam rahmatan lil 'alamiin..


(okay, insyaAllah cerita sebenar saya nk kongsi, tunggu next post laa yee..sorry..)


Sunday, October 19, 2014

DIY Cordon bleu

Okey, setelah sekian lama blog ni menyepi, tiba-tiba hari ni bersemangat nak share something santai...
Dan alhamdulillah hujung minggu ni baru dapat duduk di rumah, so I planned something to try on, sebelum gerak fieldwork esok, kaji batu-batu lagi...

So, my pre-fieldwork project: DIY Cordon bleu!


Isi ayam dan bacon halal, disaluti breadcrumb dengan keju cair di tengah-tengah...perghh..

Okey, saya tahu cordon bleu boleh didapati dengan mudahnya di kedai daging halal..tapi yang pastinya dengan DIY, lebih keseronokan dan kepuasan, dan paling penting, lebih menyihatkan!!
(sebab takde pengawet, lemak ayam etc)

Jom penuhi muwasofat tarbiyyah yang ketiga iaitu Qowiyul Jism (sihat tubuh badan)...dan termasuk dalam muwasofat ni, of coursee laa jaga pemakanan kita :)

Di bawah saya akan tunjukkan cara-cara membuat Cordon bleu ni secara bergambar, inchaAllah :)

Bahan-bahan:
  • isi ayam 
  • sliced bacon halal (eng) or kachir (fr) --> the best is to choose meat-based kachir, supaya rasa lebih ummph!
  • cheese slices
  • sedikit garam
  • sedikit lada hitam
- untuk coating -
  • tepung gandum
  • telur siap dipukul
  • breadcrumb (eng) or chapelure fine (fr)
STEP 1
Potong nipis isi ayam, tapi jangan nipis sangat ye...secukup nipis, ikut selera masing²..

STEP 2 
Letakkan bacon@kachir di atas hirisan ayam tadi.

 STEP 3
Letakkan cheese slice di atas bacon@kachir pulak..dan taburkan sedikit garam dan lada hitam, ikut selera anda.

STEP 4

 Lipatkan lapisan daging+cheese tadi kepada dua, macam gambar di atas.

STEP 5
Saluti lipatan daging tadi ke dalam tepung gandum, kemudian celup dalam telur, then saluti pula dengan breadcrumb.

Et voilà!!!
Voilà! Siaplah cordon bleu kita!! Nak masak terus pon boleh (in the oven or on the pan) , nak letak dalam frozen untuk simpan,makan nanti² pun boleh.


Fakta cordon bleu:
  • ada orang cakap, asalnye makanan Amerika..tapi nama dalam French, logiknya French la kot ek?
  • cordon bleu = blue ribbon
  • cordon bleu termasuk jenis makanan fine cuisine 
  • terdapat satu institusi kulinari tersohor dunia, "Le Cordon Bleu" yang bertujuan melahirkan chef-chef yang berprestij dalam bidang gastronomi dan fine cuisine


Wednesday, August 20, 2014

Untitled


Batu...
Di luar kita nampak
Hitam atau kelabu
Tak lebih dari itu
Lalu kita berkata
"Ah, hanya batu."

Tetapi di dalam
Hidupnya berbeza
Ceria malah beraneka warna
Menyerlah.
Terpesona bukan?

Manusia...
Resamnya tetap sama
Ada yang tak dikenal dirinya
Tak kelihatan fungsinya
Lalu kita berlalu pergi
Meninggalkannya.

Tapi belum kita tahu
Besar jiwanya
Jernih ceria hatinya
Batinnya dekat dengan Tuhan.

Dasarnya Allah melihat taqwa
di dalam dada
Bukan rupa.


Kopipes FB :: 15042014 :: Montpellier

Rabun


Matamu kian rabun'
Tetapi hafalanmu masih terlalu sedikit'
Maka apa yang kau boleh perbualkan dengan Allah ketika solatmu?

Matamu kian rabun,
Tetapi pembacaanmu masih satu buku setahun,
Maka apa perkongsianmu di saat menyantuni manusia?

Matamu kian rabun,
Tetapi dirimu masih liat bangin di sebahagian malam,
Maka di saat bila kau berkhalwat merayu pada Dia?

Matamu kian rabun,
Tetapi dirimu masih lokek berdoa,
Maka apa kau ada kuasa mengendali segala benda?

Matamu kian rabun,
Tetapi dirimu masih bermalasan di sana,
Maka apa umat ini akan terubat sakitnya dengan keajaiban tawa lewamu?

Matamu kian rabun,
Engkau dan aku,
Tak pasti bila kan kita pergi,
Apa yang kita sama mengerti hanya satu,

Usaha...

Untuk ke Jannah.


Kopipes FB :: 06032014 :: Montpellier



Wednesday, January 22, 2014

Teman nan tegar setia

Jikalaupun sudah tiada manusia..
Aku tahu ia sedia menyantuniku,
Bermesra dan bertukar pandangan denganku..

Menyejukkan pandanganku,
Menghidupkan hati,
Menghentak nafsu nan alpa
Akan azab neraka,
Mengukir senyum harapn di bibir
Akan nikmat syurga.

Cukuplah ia jadi peneman,
Akhirnya bukan manusia jadi dambaan,

Ia...

Al Quranul kareem.


Credit

Saturday, January 12, 2013

Story of rocks


(Attention: this post will be in mixed language..i'm sorry)


It's a cloudy, cold day when I'm sitting at my desk, revising some rocks which are known as mineral ressources rocks. Yeay, it is a part of my study, to get to know about rocks..
It sounds like...erkkk....isn't it? :p

Anyway..I came across a rock called Iron Hydroxide, as you see in the poster at right. Its makes me to ponder about many things.

What do you think? Are they the same type of rock? Or maybe some people will ask, are all of them really a rock? As the black one is quite shiny, just like a polished metal ball.

And the answer is YES, for both questions. They are all a rock and the same type of rock.

Let me share with all of you, their family background.

  • General composition: FeOOH
  • General density: 4 - 5.5
  • Hardness (approximation):
    • Black: 5.5
    • Red-black: 4.5
    • Orange: 3
    • Yellow: 1
Amazing, they are the same in terms of chemical properties but different in terms of hardness and colours.

And what makes all these differences?

Presence of WATER.

Or in scientific terminology, the degree of hydration. The more you add the water (H2O), the more the colour will be brighter and the hardness will decrease.

And this, reminds me, makes me thinking of something really important in our life.
"Beware! There is a piece of flesh in the body, if it becomes good (i.e., reformed), the whole body becomes good, but if it gets spoilt, the whole body gets spoilt, and that is the HEART." (Al-Bukhari)

Ok let me writing in bahasa. My rusty English cant support to write messages in the next para :p
Ok bayangkan hati kita ni mcm batu iron hydroxide. 
Tak boleh tidak memang di dunia, manusia yang sangat lembut jiwanya..macam batu kuning tu. Tiap yang dia buat, dia cakap..cukup menenangkan mata yang memandang, telinga yang mendengar.. lagi mantap pabila dia berbicara, takkan pernah putus daripada mengingati kita pada Sang Pencipta. Pabila disampaikan padanya satu peringatan, satu perkabaran penting mengenai akhirat, pasti dia akan tertunduk terus memuhasabah diri. Alahaiii lembutnya hati dia..mungkin nampak macam kes ideal, hakikatnya golongan ini benar² wujud. MasyaAllah.
Dan wujud juga, golongan sebaliknya. Persis batu warna hitam tu. Kata-katanya keras, kesat..yang tergambar pada dirinya jauh sekali berbanding golongan di atas. Lebih menyedihkan, pabila tiba padanya peringatan mahupun teguran, dia lantas mengenepikannya, melupakannya. Worst case, mencerca atau mempermainkan kembali peringatan tersebut.
Apakah yang membezakan mereka?
Kehadiran AIR.
Air yang mampu melembutkan nafsu, membersihkan hati. 
Betapa hati sebenarnya memerlukan pada 'air' peringatan. Air yang hidup kita Allah jelma sebagai Al Quran dan sunnah kekasih baginda.
"Maha Suci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al Quran) kepada hambaNya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia)" (25:1)
Daripada ayat di atas, dapat kita ambil beberapa perkara:
Pertama, secara keseluruhan Allah menyatakan Dia telah menurunkan Al Quran untuk kita. 
Oh semua muslim ada Al Quran kan kat rumah..Alhamdulillah..tapi sejauh mana kita telah membacanya? Atau persoalan lebih menggugah jiwa, sejauh mana kita sudah beramal dengannya?
Makanya, maksud lebih jelas Allah nak kat di sini, bukanlah bermaksud kitab Al Quran bentuk solid mcm buku tu, tapi kefahaman kepada Al Quran itu sendiri. Sejauh mana kita dah baca, dah amal dan ambil pengajaran drpdnya.
"....agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia)"
Kedua, sifat air, kalau bertakung kan berbau, kalau mengalir akan jadi sentiasa bersih.
Dan begitu jualah 'air' peringatan yang kita dapat dalam kehidupan kita, Allah minta agar kita tak simpan sensorang, tapi sampaikan pada yang lain gak! Merugilah andai kefahaman islam yang kita ada, simpan sesorang, lantas membusuklah jadinya...
Panjang pulak jadinya..konklusi apa yang saya nk sampaikan, our 'rock' needs 'water' to soften it.
And what is the most concrete way to get this 'water'? What is the different between understanding Islam and have some knowledge about Islam? To be continued, iAllah :)